BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 8, 2011

bidadari kayangan


walaupun ramai dah tahu, aku tetap nak cerita jugak.

tak nak tahu, tutup terus.

takpayah nak bising bising.


*ko apehal nak emo doh?
=.='


okay, dah. mari dengar cerita hantu saya. :)




jangan bukak pintu kalau ada orang ketuk bilik malam malam.

nanti pengsan.

damn. bidasari menghantui aku.

yes. aku takut okey.

sangat takut.

siapa tak takut.

kalau tiba tiba orang datang bilik kau malam malam

mintak tumpang tidur, mintak makanan, mintak kain batik dan sebagainya.

ingat kitorang apa hah.

siot la. aku dah lah selalu stay up malam malam.

cehh, bajet cakap macam stay up study.

ye ye. aku stay up buang masa je. huu

tak kesah laa. tapi DIA sangat menakutkan.



okay, secara fizikal.

berjubah, pakai seluar, tudung renyuk renyuk.

muka agak gelap, mata besar, badan pon agak besar.

weyhhhhhh. siapa tak takut la gilaaa.




sejak daripada kejadian misteri ni. banyak perubahan yang berlaku kat aku.

siot betul.



antaranya,


1) sentiasa kunci pintu bila keluar dan masuk bilik.

2) wajib pandang kiri kanan bila nak keluar bilik.

3) keluar dari toilet, terus jalan laju laju nak balik bilik. dah la jauhhh toilet dengan bilik.

4) akan suruh midah teman kalau nak pergi toilet malam malam. wajib okey.

5) kasut kasut yang selalunya berlambak kat depan pintu, semua dah bawak masuk dalam. sebabnya: bidasari takkan curi kasut aku. haha! lagi satu fakta, bidasari memang berminat dengan kasut yang banyaakkk di depan pintu. percayalah. :)

6) aku dah tak berani nak basuh baju kat tingkat 4.

7) takkan pergi bilik member yang atas daripada tingkat 4 after pukul 12 malam.

8) kalau naik lif, dalam hati doa banyak banyak lif tak stop kat mana mana floor.

9) dah tak boleh bising hu ha hu ha dah dalam bilik. adoi. sangat tak best.

10) aku benci dah dengan nama bidasari.



sentiasa bayangkan,

macam mana kalau aku keluar toilet, dia ada kat depan pintu, mintak makanan.

macam kalau naik lif, tiba tiba ter'stop' mana mana level, dan bidasari naik lif yang sama dengan aku.

macam mana kalau bidasari tu, bukan bidasari sebenarnya? o.O

siapa DIA???










*fine. mungkin aku banyak sangat tengok cerita hantu.*



4 ungkapan anda:

BUTTERFLIES said...

awak..saye pon takot macam awak gak...hurm....?????

DIARYroses said...

tak payah nak takut takut. cool sudah. bidasari je pon.

eeka :) said...

chepammm, chepam telah menakutkn kami semua dgn bayangan2 yang melampau. mcm mana kalau tgh mandi, dia tarik tuala sbb nk pinjam tuala? huaaaaaaa!~

DIARYroses said...

kalau dia tarik tuala, kita keluar je laa. biar dia yang takut dengan kita pulak!. hahahahhaha!