BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 27, 2011

pengumuman



bismillahirrahmanirrahim


dengan rasminya beta mengistiharkan bahawa

budak budak GARIS yang hebat dan macho lagi basem

telah pun selamat berperang !

TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA!

walaupun masing masing menggunakan cara yang berbeza untuk berperang,

tak kesah laaa okay.

beta bangga dengan anda semua! :)




okay cukup.




kembali kepada diri asal.

overall, exam okay.

dan lebih pada tak okay. HAHA!

isnin selasa rabu, masih tenang lagi.

jawab pon okay laa. takde la sampai nak pecah kepala fikir.

tapi aku tak kata OKAY sangat. just boleeeeehhh laaaa. =.=


then, khamis.

aku tak sangka aku jawab dengan begitu laju.

sebab banyak sangat skip!

SUSAH. GILAAAAA.

serious weyhhh. tim dengan wani yang hebat subjek tu pon cakap tough.

apatah lagi aku. baru setahun jagung.

lupa nak cakap.

subjek CONSTRUCTON TECHNOLOGY.

kalau nak diikutkan tak lah sesusah mana sebenarnya.

cuma banyak sangat yang confuse.

maklum laaa.

dr imran ajar kat depan, kau dok bising kat belakang.

bagus lah tu. padan muka.

=.=



okay jujur. sekarang ni target aku untuk midsem dah lari.

hanya sebab subjek itu.

fine. aku redha.

banyak sangat buat dosa kot.

ya Allah. ampunkan lah dosaku. :|


MAMA ABAH.

doakan atin ea.

atin dah buat yang termampu :)

*kisses from your daughter*

:)





malas nak tulis. tapi aku terpaksa tulis. sabtu ni ada kelas. daaayyymmm. project 3 and 4 in progress. harap dapat pikat tutor tutor handsome tu. amin.


rindu nak keluar dengan keluarga SESAMEstreet. :)





January 26, 2011

SANGAT SUKAAAAA :)


semua sebab SYAZWANI AZHAR.

hamek kau!



satu


dua



tiga



wani dah buat aku lalai. hahaha.

sweeeettt kaannn?

sangat sesuai.

wani, jom kita tengok cerita i'm not single dan legenda budak setan!

HAHAHAHAHAHAHA!




*******************************************



okay cukup.

sambung study.

esok construction technology.

DOAKAN SAYA! :D


January 20, 2011

exam mode



2.23 pm

masih lagi online.

projek tak siap lagi. tapi hampir siap :)

minggu depan exam.

study baru 10%.

bagus fatin nabilah.

syabas! =.=




selalu ingat pesan mama.

jangan dok online je.

jangan dok pikir pasal jerawat dan lebam bawah mata tu.

jangan lalai.

tak nak main main dah.

jangan asek nak shopping jeh.

jangan nak menari je. hehe :P


FOKUS!




MAMA sayang,

atin tahu mama tengah baca ni. hee. :)

doakan anakmu ini okey.

semoga cemerlang dalam peperiksaan.

4 flat. insyaAllah.


ATIN SAYANG MAMA SANGAT SANGAT! :)





ya Allah. permudahkan lah aku untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.

amin. :)



koraaaannnnnggggg , doakan saya ya.

thanks. :)


January 18, 2011

kerenah manusia


woaaahhhhh...

macam macam berlaku sejak dua tiga menjak ni.
ada yang best.
ada yang tak best.
tapi mostly semua tak best. HAHA


okay lah. cerita yang best dulu.


laptop dah kembali pulih seperti sedia kala :)

aku dah bertambah rajin membasuh baju secara manual.
no more washing machine :)

dah kurang tertinggal subuh. alhamdulillah.

beli bag baruu.

kawan aku tengah bahagia :)

tak takut dah dengan bidasari. haha!



sikit je kan. haha

okay. yang tak best pulak.
banyaaaakkk.


aku semakin malas bangun awal pagi.

dah pandai ponteng kelas. dayymm.

aku kena masuk mawar! =.='

jerawat dengan jayanya berkampung kat muka aku.

aku lemah probability.

lemak tak pernah susut.

duit elaun dah nak habis.

mulut banyak mengumpat. astaghfirullah.

banyak tutorial tak buat.

next week MID SEM. =.='

sedikit perbalahan. tamatkan lah ya Allah. :|

waahh. banyak lagi sebenarnya.
tapi aku malas nak menaip.
serious. minggu nih aku busy gila.
ciiss! poyo gila kan. HAHA!

okay dah. nak study. :)



REMINDER:

DONT EVER MAKE PEOPLE FEEL UNEASY WITH YOU :)

so chepam! berubah lah . =.='






*saya sedang mencari penari lelaki untuk join menari. anyone? :)*

January 12, 2011

pernah jumpa dia?




comel kan adik ni.
ADAM SHAH

yes. budak ni hilang beberapa bulan yang lalu.

kena kidnapped.

kesian sangat.

tak tahu kat mana dia sekarang.

adik ADAM, harap adik selamat kat sana. :|


so, to all my beloved friends who read this post.

please spread this notice in your blog.

just put yourself in this situation.

imagine that this little cute boy is your brother.

:'(

please guys.

AT LEAST, the news will be spreading throughout the world.

right?




*brother, i have done my work.
thanks for the news :)*

January 11, 2011

kehidupan


"walau macam mana celakanya kehidupan itu,
ia tetap sebuah kehidupan"

ambil dari afiq fawwaz
*hak mutlak ZA*


tak semua yang kita nak dalam hidup ni, kita akan dapat. mungkin DIA akan beri yang lebih baik dari apa yang kita ingin dan idamkan. kita hanya perlu sabar dan menunggu.

ya. mungkin kita akan rasa frust, sedih atau apa saja bila benda yang kita nak tak dapat. even bila kita dah berusaha gila gila.

selalu ingat pesan mama dengan abah. jangan terus give up.

mungkin selama ni aku rasa aku dah buat semaksima mungkin, tapi sebenarnya tidak. itu tandanya, DIA nak aku berusaha lagi dan lagi. jangan selalu rasa kita di tempat yang selamat dan selesa saja.

kawan, tolong doakan aku dapat buat yang terbaik dalam apa saja yang aku lakukan. :)


kau boleh laa gila.

kalau tak boleh,

nama kau bukan FATIN NABILAH JAILANI okey.


jangan paksa diri.

apa yang penting

IKHLAS

:)




*aku happy untuk dia*


January 9, 2011

=.=





I HATE YOU



dating


malam tadi tidur dengan orang tersayang :)

tidur kat satu katil besar tiga orang.

abah mama saya



hari ni aku bangun awal. pukul 9 dah bangun.

hari minggu okey. sepatutnya WAJIB bangun atas pukul 11. haha!

tapi, terpaksa bangun awal.

pergi breakfast dengan mama abah kat bawah

makan dengan banyaaaaknyaaaa. lama dah tak makan kat hotel.

lepas tu, abah ajak pergi mid valley.

ye, sebelah hotel je kot. sebab tu dia rajin mengajak.

kalau tak, jangan harapnyeee. huu




jalan jalan jalan. tiba tiba abah cakap dia nak tukar phone

aku dengan muka curious,

" nak handphone ape bah? "

" blackberry okay tak?"

dalam hati macam nak menangis aku dengar.

fine, aku yang nak bb, ayah aku dah cop dulu. cis!

mula la melulu cari kedai.

dah sampai, belek punya belek, abah macam tak berkenan pulak.

"macam kecik la pulak handphone ni. abah tak biasa"

"memang laa kecik bah. selalunya handphone ni remaja yang banyak pakai. kalau standard abah, pakai lah htc ke. okay apa." *ayat pancing baik punya*

abah dah start ragu ragu. haha.

kesian gila. nak tapi tak selesa. baik takpayah beli kan?

at last, balik tangan kosong. huuu.

abah cakap nanti nanti laa dia beli baru. banyak lagi masa.

dalam hati aku, masih ada harapan. :)

tapi aku tahu, abah memang nak jugak pakai blackberry tu. =.=

ala, esok esok nanti kita beli ea bah. beli dua :D




lepas tu, jalan jusco. usha beg, usha kasut, usha baju.

tapi tak dapat satu pon. hampeh.

segan nak mintak kat abah.

bodoh kan? bgg.

tapi nasib baik aku teringat, perfume dah habis!

haaa, apa lagi, cari laa kat jusco tu.

lama jugak lah aku cari. sampai abah pon dah penat.

nasib baik mama ada. teman cari. haha.

akhirnya, jumpa la yang berkenan.

ELIZABETH ARDEN

first time aku dengar =.=

wangi dan selesa dengan baunya :)

dapat free beg, lipstik, cermin dan skin protectant.

kakak, jangan jeles okay. haha. :D




habis jalan, seperti biasa.

fish market.

aku tak habis makan weyhh. pelik gila.

mungkin petanda nak kurus kot! HAHA






*mama belikan beg baruuu. :) thank yoouuu mama.

January 8, 2011

bidadari kayangan


walaupun ramai dah tahu, aku tetap nak cerita jugak.

tak nak tahu, tutup terus.

takpayah nak bising bising.


*ko apehal nak emo doh?
=.='


okay, dah. mari dengar cerita hantu saya. :)




jangan bukak pintu kalau ada orang ketuk bilik malam malam.

nanti pengsan.

damn. bidasari menghantui aku.

yes. aku takut okey.

sangat takut.

siapa tak takut.

kalau tiba tiba orang datang bilik kau malam malam

mintak tumpang tidur, mintak makanan, mintak kain batik dan sebagainya.

ingat kitorang apa hah.

siot la. aku dah lah selalu stay up malam malam.

cehh, bajet cakap macam stay up study.

ye ye. aku stay up buang masa je. huu

tak kesah laa. tapi DIA sangat menakutkan.



okay, secara fizikal.

berjubah, pakai seluar, tudung renyuk renyuk.

muka agak gelap, mata besar, badan pon agak besar.

weyhhhhhh. siapa tak takut la gilaaa.




sejak daripada kejadian misteri ni. banyak perubahan yang berlaku kat aku.

siot betul.



antaranya,


1) sentiasa kunci pintu bila keluar dan masuk bilik.

2) wajib pandang kiri kanan bila nak keluar bilik.

3) keluar dari toilet, terus jalan laju laju nak balik bilik. dah la jauhhh toilet dengan bilik.

4) akan suruh midah teman kalau nak pergi toilet malam malam. wajib okey.

5) kasut kasut yang selalunya berlambak kat depan pintu, semua dah bawak masuk dalam. sebabnya: bidasari takkan curi kasut aku. haha! lagi satu fakta, bidasari memang berminat dengan kasut yang banyaakkk di depan pintu. percayalah. :)

6) aku dah tak berani nak basuh baju kat tingkat 4.

7) takkan pergi bilik member yang atas daripada tingkat 4 after pukul 12 malam.

8) kalau naik lif, dalam hati doa banyak banyak lif tak stop kat mana mana floor.

9) dah tak boleh bising hu ha hu ha dah dalam bilik. adoi. sangat tak best.

10) aku benci dah dengan nama bidasari.



sentiasa bayangkan,

macam mana kalau aku keluar toilet, dia ada kat depan pintu, mintak makanan.

macam kalau naik lif, tiba tiba ter'stop' mana mana level, dan bidasari naik lif yang sama dengan aku.

macam mana kalau bidasari tu, bukan bidasari sebenarnya? o.O

siapa DIA???










*fine. mungkin aku banyak sangat tengok cerita hantu.*



January 6, 2011

malas


kenapa aku rasa something yang pelik sejak dua menjak ni? perasaan yang aku rasa tak patut ada. bila aku jumpa dia, perasaan tu datang. nak kata aku suka akan perasaan tu, tidak. nak kata tak suka pon tidak. entah. pelik.

sudah la, lupakan.


entry kali ni sebenarnya bertujuan nak kutuk diri sendiri. damn.

minggu ni aku malas nak mampus.

tutorial jangan harap nak buat sendiri.

esok ada tutorial, malam tu baru terhegeh hegeh pergi cari mangsa, dan salin mereka punya kerja dengan jayanya. tahniah!

bangun pagi pon kalau boleh setengah jam kelas nak mula, baru nak bangun. teruk lah kau.

lagi satu. penyakit yang makin mendadak dadak.

tidur yang melampau lampau.

yes, katil aku nampak sangat empuk ya. memanggil manggil. tak tahan weyhh.

kalau balik bilik mesti nak landing. mesti.

mana tak bertambah lemak lemak kau chepam. =.=




haiiihhh. bila entah nak berubah.
ni ha, dok buang masa. facebook, blog. adoi

kenapalah dunia ni advance sangat.

aku tak dapat bayangkan macam mana kalau internet segala bagai ni, tak ada dalam dunia realiti. o.O



haha. tak dapat bayangkan lah gila.



oh ya! terlupa satu benda. result muet aku. hahaha.

dengan bangganya aku nak bagi tahu. aku dapat band 3. hebat bukan? haha. bgg. =.=

bak kata kakak aku, relax laa. kazen kazen kita pon average dapat 3.

hmm. tahniah buat my dear midah and timmy! :D malu dengan korang. aku tak pandai sangat cakap omputih nii.. :)


ahh, tak kesah lah okay. bersyukur :)

okay, dah. malas nak taip.




*buat sayangku monster, banyak bersabar okay :)


January 2, 2011

tagged from FATIMAH ABD RAZAK



yes! dapat award lagiii dari mama.! haha. thanks yaw!

okay,. nak cepat nih. mari mulakan! :D


1. Blog best sangat ke tak? sebab?
  • best! boleh ngumpat ngumpat tanpa orang tahu. hahahhahah! best laaaa. tulis je apa apa yang kau suka. :)

2. Layan lagu indon ke omputih?

  • dua dua. depends jugak. tengok laaa. kalau kena dengan jiwa, okey jee. lagi jiwang lagi best! HAHA

3. Coklat mana lagi popular, cadbury ke ferrero? sebab suka makan?
  • dua dua jugak! ahhhhh. sorry laa. tak boleh nak pilih. sebab saya memang suka akan coklat! yummy! lazat dan boleh dimakan begitu sajaaaa.. so, tak pelik laa kalau orang tengok aku ni gemuk. haha!

4. Nickname yg GF/BF beri, nama manja?
  • semua orang tahu kot. nama yang aku dapat dari member baik aku kat sekolah dulu. CHEPAM. comel kan? hahaha, sebab apa dipanggil begitu, rahsia. haha. :) tapi ni nama yang kawan kawan aku panggil laaa. kalau nama bf aku panggil memang takda. sebab bf pon takde. damn. loser. =.=

5. Berikan empat fakta tentang kamu.
  • budak baik
  • kuat makan dan menguyah
  • tak suka orang yang bajet bagus
  • seorang yang boros

6. Jika ada 50sen nak beli apa?
  • nak goreng pisang 50sen!

7. Siapakah empat orang yang paling kamu sayang?
  • abah dan mama saya
  • adik beradik saya
  • kawan kawan saya
  • diri saya sendiri

okayyyyy. habis dah! :D





persoalan untuk hari ni:

kenapa aku cepat lapar dan cepat kenyang ek? hmmm..