BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

December 31, 2010

new 2011 :)




HAPPY NEW YEAR !

2011

2010 dah melangkah keluar. 2011 dah melangkah masuk


banyak benda baik dan buruk berlaku sepanjang 2010. sangat awesome! aku dah tak nak ingat benda benda yang menyakitkan, yang buruk, yang segala gala yang tak baik masa 2010. tapi benda benda baik, kenangan manis semua takkan aku lupa. simpan dalam hati, kunci ketat ketat. :') terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup saya sepanjang 2010 :) korang memang best.



ohh ya! lupa nak cakap. tahun ni aku sambut new year! gila kencang kan aku cerita. tapi ini adalah the first and last laa. al maklum laa. tak pernah pon sambut new year sebelum ni. so, agak teruja laa sikit kaannn. haha. kenapa aku cakap the first and last? haaaaaaa. sebab aku rasa sangat rimas. serious. ramai gila gila gila dan gila orang. the point is, tak ramai orang malaysia pon. semua foreigner. seksi seksi semua. auww! :D padahal aku pergi KLCC jee. bukan pergi dataran merdeka. tapi tetap ramai okey. fine. baru aku tahu macam mana sambut new year. loser gila. haha. tapi sangat best tengok fireworks. :) adlyn dan farah. thanks okay bawak saya. makan sambil bersila. hoho! best moment :')



tapiiiiii.. kalau ada afiq fawwaz, mesti lagi best! sebab ada gadget! ngeee. tapi malangnya, abang aku tu tak dapat datang. maklum laaa. tak siap kerja lagii. sabar je laa yee. haha!



okay. seperti biasa. azam 2011. :)


:: jadi orang yang berjaya::

:: jadi anak yang solehah::

:: jadi hamba yang beriman dan taat kepadanNya::

:: berubah menjadi yang lebih baik daripada 2010 ::

:: nak kurus ::

:: dapat 4 flat dalam setiap exam ::

:: tak nak gaduh gaduh ::

:: ada kawan yang lebih ramai ::

:: nak handphone baruuuuuu. :) ::

:: tak nak jadi loser ::


over tak azam aku? tak kaaann. sama jee macam semua orang. hehe. :)

okay, jam menunjukkan pukul 3.08am.

nak tidur. esok kelas design. hampeh betul.

orang semua dok happy sambut new year, aku ada kelas. damn.


December 29, 2010

takkan lupa malam 29.12.2010 :)



kalah 2-1.

tidak mengapa skuad HARIMAU MALAYA. anda tetap menang!

dapat kalahkan skuad garuda! HAHAHA.

terbaik dowhh tadi! SAFEE SALI

dan semestinya si hero handsome,

KHAIRUL FAHMI CHE MAT! :D

sayang peluk cium lah kat korang berdua! haha.




AFF SUZUKI CUP 2010 milik Malaysia :) alhamdulillah.




baru aku tahu macam mana tengok bola kat cafe. haha!

kk12 terbaik! siap nyanyi lagu negaraku

tak boleh blaaa lah kaan. :) semangat!

tadi stalk facebook 'abang milo'. *bak kata tim.* haha.

pehhh! awek dia, cun gila. sesuai lah dengan dia. jeles jeles. HAHA.





tengoookkkkk. handsome bukan? huuu. bertuah gila awek dia. ngeh3. :)






okay, cukup chepam.

tak habis habis nak tunjuk keloseran kau tuh.

nyorok lah sikit. =.='








tapi dia memang handsome. huuuuu~ *_*


December 28, 2010

photocopy :)


ambil idea dari adlyn zuraimi (:



kenapa wujudnya gelaran loser ini? loser loser tegar?

hina sangat kah menjadi loser? HAHA

kenapa ramai wanita seboleh boleh tak nak jadi loser?

hebat sangatkah mereka mereka yang tak loser?

hmmmm.. semuanya susah nak dijawab.




okey, bagi aku.

aku tak nak jadi loser.

sedih jeee jadi loser. haha. kan kaaaannnn?

jeles tau tengok orang sekeliling tengah bunga bunga, manja manja, gedik gedik. HAHA!.

*sorry monster, takde niat nak perli kau! haha :P*




tapiii. kadang kadang.

best jugak jadi loser.

cool doe.

rasa freeeeeee!! tak dikongkong. ngeee. :)




conclusion.

entah.

susah nak cakap.

better jadi loser or tak loser?

depends on yooouuuu lah gila.

kau yang high taste nak mampus.

padan muka. rasakan.

lantak laa.
bak kata seseorang. jodoh tu tak ke mana. :)

cepat lambat je.

tunggu ye fatin nabilah (:







*tiba tiba aku rasa desperate gila. =.= bodoh!
relax sudah der. degree nanti cari laaa. kan kan? haha. :D




*tadi dapat wish GET WELL SOON dari manusia :)*

December 25, 2010

tagged from ADLYN ZURAIMI :)


okay. first time dapat tag dari orang.
mari mulakan!


Apakah status anda?
single.
masih belajar.
loser tegar.
=.=

Ceritakan tentang diri anda :
nama diberi Fatin Nabilah Jailani. sedang belajar di Universiti Malaya. asasi alam bina.
seorang yang baik hati. haha :)
mempunyai impian yang tak dapat dapat lagi sampai sekarang. :(
tak suka orang yang hipokrit dan bajet kau bagus gila.


Ceritakan tentang blog anda :
blog seperti terpapar di skrin. diaryroses :)
blog yang sederhana. tak gempak macam orang lain.
akan tulis apa sahaja yang aku suka kat blog ni.
suka menggedik di blog sendiri. :)
al maklum laaa. loser tegar. =.=

Apa pandangan anda tentang dunia blog :
blog ni sangat best. daripada kita tak tahu pasal something, terus jadi tahu.
sangat best bila stalk blog orang. ngeh3 :)
blog juga mengajar aku banyak benda.
mengajar aku berfikiran matang.

Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog :
teruskan usaha anda. :)

Nyatakan keunikan pada blog anda :
simplysiti. haha.
SIMPLE je doe.

Sampai bila nak berblogging?
sampai aku penat

kena tag orang? lantaklah korang nak buat ke tak nak :D

Syazwani Azhar

Fatimah Abd Razak

Farah Nazira Mastor

Afiq Fawwaz


December 20, 2010

janji tetap janji


setelah menunggu sekian lama. akhirnya. aku dapat juga tahu result aku. agak terkilan sedikit :| 3.62. semua A kecuali GRAPHIC COMMUNICATION aku C+. tahniah der! memang padan muka hang. sangat jealous dengan izz, joyeh, amal, hazman sebab diorang semua dapat 4 rata. alangkah bahagianya dapat keputusan macam tu. aku punyaa. hampeh. even slack satu subjek. dah mempengaruhi BANYAK gila pointer aku. mana taknyaa. subjek yang aku dapat C tu subjek 5 jam kredit lah gila. memang tak ahh. adooiii. pasrah je laa. terima seadanya. aku tetap bersyukur. :')

cuma hati berat gila nak bagi tahu mama dengan abah. :| mestilah diorang mengharapkan yang lebih dari aku. mama abah, atin minta maaf ea. ni je yang mampu. semester dua ni, insyaAllah. atin akan buat yang terbaik. :)

okay. point nya di sini. janji tetap janji. kalau dah janji mestilah kena tunaikan. sebelum result keluar. aku dah bet dengan afiq and nida. siapa highest kena belanja. kenapa aku bet? sebab aku yakin aku punye pointer lebih rendah dari diorang semua. tapi malang nasib aku. aku kena belanja mereka mereka ini. haaaiiihhh. suka lah kau afiq. *nyampah* tapi takpe. dinner satu malam je kaan. haha. no big deal :D


pengajaran yang aku dapat hari ini.


subjek GC bukan senang doe!
kena lebih fokus lepas ni.
dah tak boleh main main dah. no movie. haha.
kurangkan mengumpat.
kurangkan buat dosa. =.=

banyakkan berdoa :') insyaAllah.



walau apa apa pun. fatin nabilah tetap bersyukur :) alhamdulillah.


*psst psst! ada orang panggil aku biela sekarang. haha XD

December 16, 2010

benda baru


baru balik dari kelas IT. on the way balik tadi, nida ajak keluar. dia kata sangat bosan duduk um. memang pon weyhh. tak dinafikan. tapi... sorry nida. i malas gila nak keluar. lagipun kaki sakit. :|


okay. sampai bilik macam biasa. terus on9. laptop aku bukak tutup bukak tutup setiap masa. kesian gila, tapi still okay laa. tak macam stanley wani. dah nak nazak rasanya. haha. sorry wani! lebih baik kau cepat hantar pergi hospital. :)


masa berjalan.




FINE. memang bosan. =.= dah la tension gila tadi. puan ziana gila gila cakap result dah keluar. kitorang budak budak ab4 apa lagi. terus pergi pasum dengan harapan dapat ambil result. tapi haraaaammm. pihak pasum memang lembap gila. SERIOUSLY. aku pon tak faham kenapa diorang nak simpan result kitorang tu lama lama.

boleh pulak ada akak pasum tu cakap .

"dik, kami pon tak tahu laa bila kamu boleh dapat result. sebab ini semua kerja pihak atasan. kami hanya menjalankan tugas."


pheeew! cekodok dia laaaa. tak habis habis alasan yang sama. weyhhhh! baik tak payah bagi laa. dah basi dah pon result kitorang. yee. kami tahu kami hanya minoriti. tapi jangan seksa kami macam ni. :(


okay dah. malas nak fikir. lantak lah pasal result tu. =.=


heyy,, hari ni aku update blog. kalau korang perasan laaa. ada 3 slide baruuu dalam blog i nyaaah! haha.


first, slide untuk FAMILY saya.
second, slide untuk KAWAN saya.
and third, slide untuk DIRI saya.


hahahaha. inilah akibatnya jika terlalu bosan.


untuk slide yang ketiga. tak perlu cakap apa apa okey. senyap saja sudah. terima kasih. :)


December 14, 2010

14 disember 2010


baru sahaja balik dari latihan menari. aaahhhhh. sangat best! dah lama tak menari. weeee. :)
rindu Selayah Pujangga. :')


.................................................................................


result tangguh lagi. macam shit. maaf terkasar bahasa. tapi memang frust weyhhh. lembap gila nak mati. lagi menyakitkan bila budak budak alam bina je yang belum dapat. diskriminasi. aku tak puas hati dengan pihak pasum. memang tak boleh pakai.


.................................................................................


tadi kelas ART miss anum suruh lukis DTC. stand for 'dewan tak cat' :) dengar macam senang. tapi susah gila nak mati. dah la tak reti lukis. rasa LOSER gila masuk design. =.= tengok orang lain semua. ya Allah. cantik gila. nampak laa DTC tu. aku punya. tak nampak bangunan lansung. kan afiq? huuu.

kenapa lah aku tak boleh jadi kreatif macam diorang. huuu.

mungkin. satu hari nanti. insyaAllah.

learn chepam learn!


.................................................................................


quote for today. HONESTY is the best policy :)












*sangat jealous hari ini. T.T*

December 13, 2010

menunggu itu sakit



14 disember 2010.

T__T

menunggu dengan hati yang sangat ketat.

ya Allah. kau berikanlah aku keputusan yang terbaik.

berikan yang terbaik untuk kawan kawan aku semua.

aku redha dan tawakal.

4 flat insyaAllah. *tapi aku pasti aku takkan dapat :(

at least. above 3.5 okay

amin. :)

.mari kita semua berdoa.

:')



*tadi mama call. tiba tiba rasa sedih :'(


December 11, 2010

aku teruk


okay. aku rasa sejak kebelakangan ni, aku gila teruk.


pagi tadi je bangun pukul berapa. midah dah kemas satu bilik, iron semua baju untuk minggu depan, basuh baju segala jadah. aku dengan selamba baru nak bangun tidur. dengan lembapnya ambil tuala dan jalan. adoi. pagi pagi dah rasa down gila. apa tah nak jadi. semalam pun sama! dah kena tegur dengan afiq fawwaz lagi. malu doe. =.=


lagi buat aku rasa macam tak nak keluar bilik. jerawat dah banyak! bapak ahh. tawu lah aku tengah bendera merah ni. tak payah laa nak beranak banyak banyak atas muka aku. spoil lah lah kau jerawat. (!)


...............................................................................................



status aku yang terbaru. SABAR :)

kenapa aku tulis macam tu? hmmm. nanti aku cerita okey :)




sekarang pukul 1.18pm. lapaaaarrrrr gila. T__T

sayang sayang sekalian. bila nak lunch ni?


December 10, 2010

DIA




.senyuman dia.

.ketinggian dia.

.mata dia.

.kecomelan dia.

.ke'macho'an dia.

.semangat dia.

.kekaliberan dia.

.kepandaian dia.

.ketawa dia.

.percakapan dia.

.sifat dia.

.diri dia.


:)


....................................................................................


buat aku tersenyum setiap hari XD




hey kamu! jangan ketawa atau mengutuk! pergi mam laaaa. biarlah aku nak cakap apa pon. booooo!


December 9, 2010

penat tak hilang lagi.


untuk entry kali ni. aku nak muntahkan semua yang aku rasa sepanjang seminggu ni okay. kalau tak nak baca, sila tekan butang pangkah dekat atas sebelah kanan. terima kasih :)



design tukar non design.

oh farah dan sirhan ku sayang! kenapa anda berdua nak tukar? sedih laaa weyhh. lepas ni tinggal aku afiq dengan amzar je. tiga orang? waaaaaaa! :'( tapi takpe. aku faham. mungkin korang dah bosan dengan kelas sabtu. bosan nak memberus idea idea bernas. bosan nak stay up malam malam. kan kan, huuu. its okay. apa apa pun. aku support korang. lepas ni, bak kata farah, aku dah ada 5 otak :) koraaannng. bantu saya okey :)



menunggu keputusan yang sangat lembap.

lembap nak mam okay. u lain semua dah dapat. apa cerita ni weyhh. um memang lambat. dah lah cuti kedekut. nak bagi result pon. makaiihhh. kedekut nak mati. bagi je laaaa. kami terima. ya Allah. apalah result aku agaknya. yang pasti 4 flat memang tak laaa. subjek GC pon dah macam ape. hmmm. hanya mengharapkan pointer above 3.6. harapnyaaa. amin. -__-



tutorial.

hehe. aku mengaku di sini. aku masih seperti dulu. masih meniru tutorial orang. tapi tak semua tiru okey. haha. agak agak ada lubang lubang tu. faham faham je laaa. kepada mangsa mangsa, harap dimaafkan. minta dihalalkan ilmunya yaaa. :) tapi aku berazam sem baru ni. nak buat tutorial sendiri. heee. doakan chepam! :)



jerawat beranak atas muka.

memang siot. oh jerawat. tak ada tempat lain ke kau nak duduk. adoi. pergi kat muka cik timah tu haaa! bersih je muka dia. pergi tanam sikit baja jerawat kat muka dia okey :) aku bagi kau gaji lumayan kalau kau ikut cakap aku ni. serious. o.O kan timmm.??? HAHA



basic design.

buat kotak. seperti biasa, idea aku tak ada lagi. bagus kan kau chepam. kang malam ni baru terkial kial nak buat. budus. hargai lah masa yang ada doe. adoyy. farah, kalau kau dapat non design, corak hang tu meh bagi kat cek naaa. :D barang barang pon belum beli lagi. mungkin petang ni beli. siapa nak ikut?



masalah semasa.

loser. dalam blog wani. dia puas malukan aku doee. oh tidak! i tak gedik okey. heee. pendapat? best doe ada bf. teringin jugak nak ada orang sayang. *okay, ini sesi bunga bunga.* nak yang tinggi. ^__^ handsome. baik hati. berangan berangan dan berangan.
alaaa. bosan lah cakap pasal nih. tak dapat jugak dari dulu. huuu. sangat loser. =.= (!)



gemuk.

boleh bagi aku tips tak macam mana nak kurus.? jari jadi kecik? tak ada lemak? macam mana.?????????? *sigh*

tapi kan. ngeeeeeee. :P

terasa diri ini ringan bila tim angkat aku malam tadi. siap dukung bawak lari lari lagi. oh tim! sayang kau! nak lagi! heeee. :P


December 1, 2010

SAYANGs




.badut cantik.
.kucing hello.
.kuih apam.
.bintang kepoh.
.monster hijau.

:')


*kenapa letak gambar ni? saja. saya suka :)


macam macam


hari ni. dah buat seorang kawan terasa hati. mungkin secara fizikal tak nampak yang dia terasa. tapi aku tawu dalam hati dia, dah tercalar. awak, saya minta maaf. mungkin aku tak sedar kesilapan yang aku buat. really sorry. even kau cakap takde pape. tapi aku tawu kebenarannya. bohong kalau kata tak terasa even sedikit pon. maaf sangat sangat. sumpah aku sayang kau. :') lepas ni, aku kena berhati hati. ingat tu chepam! kau ada kawan la bodoh! jangan buat kawan kau macam tu.! adoii. =.=


okay. jujur. sampai sekarang aku rasa janggal sejak kelas budak budak garis dah dibahagi kepada dua. satu ke hulu. satu ke hilir. memang tak dinafikan kitorang akan jarang berjumpa. hanya mengharapkan kelas maths dan chemistry. aku harap harap dan harap sangat. hubungan kita takkan terputus. *asal poyo gila ayat aku nih. =.=* tak kesah lah. tapi serious. tak nak ada gap. :( aku sayang korang. even kita lain lain kos. kita tetap kita okay sayang! kita yang gila gila. kita yang suka menggedik. kita yang L (except one). kita yang pelik. kita yang kuat makan. kita yang suka stalker. kita yang kita. AWTFC will always together. :) *sumpah geli ayat aku (!)* haha!
sayang korang.


kelas art. macam !@#$%^. ada ke suruh lukis pisau dengan kerusi. adoii. sumpah susah. nak buat macam mana. terpaksa. tak kesah laa. yang penting dapat jumpa azam dan razman lagii. haha! *lantak orang nak cakap ape. booo!*


seperti semua orang sedia maklum. aku dah gemuk. semua orang cakap benda yang sama. FINE. memang pon. adooii. susah la weyhh nak jaga makan. aku kesian kat perut aku nih.. dia tak berhenti minta makanan. terpaksa lah bagi. kesian pulak kaaannn. saya sayang perut saya. serious. :)



November 25, 2010

alhamdulillah


aku dapat design. alhamdulillah. dalam hati memang suka. tapi rasa takut tu membuak buak. apa taknye. dikumpul bersama budak budak yang hebat gila nak mampus. yang kreatif sume bagai. aku ni tak lah kreatif mana. tengok je lah projek projek aku tu. merepek je semua. hmmm. tapi takpe. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. lagipun, ini bidang yang kau nak sangat kan chepam. nak jadi arkitek. kalau ada rezeki, insyaAllah. so, berusahalah budak! jangan asyik nak main jeh! jangan asyik nak tengok movie jeh! jangan asyik nak berangan jeh! adooiiii. banyak sungguh kelemahan. =.=


okay dah. berhenti daripada mengutuk diri sendiri. hmm. okay.farah pon dapat design. even aku tawu dia macam tak berapa suka. huuu. its okay farah. aku tawu kau boleh buat. kau kreatif doe! :') timm dapat non design. dear, aku tawu kau boleh jugak. aku tawu, kau jenis yang boleh survive even dicampak kat mana mana pon. kaaaaannn.? huuu. bak kata kau sendiri. follow the flow. :) you go girl! :) untuk bintang dan kucing saya, wani dan adlyn. yeaaahhh!!! ni yang korang nak sangat kan. non design yang korang tergila gilakan tuh kaann. haha. congrates dear! dah dapat apa yang korang nak, buat yang terbaik okey. :) aku sayang badut,monster,bintang dan kucing aku. :')


untuk abang abang aku. afiqfawwaz, sirhanfaris dan amzar! tahniah! aku memang dah agak dah korang akan dapat design. nanti tolong lah ajar aku mana yang patut okey. :) jadi mentor aku. haha.


okay. design non design masing masing dah tawu. sekarang result pulak. fineeee. memang cuak gila nak mampus. harap harap sejarah berulang lagi. *harapnyeeee. :| takpe. tunggu je lah okay chepam. doa banyak banyak. all the best guys. :)


*aku dah gemuk (!)*

November 23, 2010

semester DUA




semester baru
subjek baru
lecturer baru
azam baru
suasana baru
semuanya baru



aku. tetap sama. chepam yang L ._.
tapi takpe. ramai lagi yang seangkatan dengan aku. HAHA.
tak salah jadi L okay, betul tak kawan kawan.? ngeh3. :)



November 11, 2010

thank you. :)




FRIENDSHIP is sweet when it is new.
more sweet when it is true.
but sweetest when it is you!


(:


November 10, 2010





MELUAT LAH WEYHHHHH!





November 9, 2010

(:




credit to adlyn (:



episod 10




(:


oh YES! ASMARA. cerita yang boleh buat anak anak remaja sekarang tersenyum sendiri bila menontonnya. dalam kepala masing masing berangan tak habis habis. haha. *cakap dekat diri sendiri sebenarnya. booyaah!* tapi serious weyh. best woo cerita ni. apalagi kalau loser loser tegar yang tengok. confirm berangan sorang sorang! haha. kan add.? kan wani.? muahahahaha :D

tadi. baru je lepas tengok episod 10. weeeheeee. sweet gila kot! bestnyaaaaa!! haha. *gatal campur miang* best gila dapat laki macam tu. slow and soft spoken..plus romantic! hohoho. siapa tak nak weyhh. wuuuhuu. bertuah bertuah.

**********************************************************

dalam hati ni,, "tak payah lah kau nak berangan chepam oii. kau takkan dapat punya laki yang macam tuh. susah. huu." =.=


November 8, 2010

dreaming dreaming dreaming. ~


dalam kebosanan yang melanda diri ini. mula la aku merepek...


ciri ciri jejaka idaman saya.. :P *berangan tak habis habis*


.tinggi daripada saya. sedap mata memandang. kuat agama. bijak. pandai jaga hati saya dan keluarga. jujur. caring. sabar dengan kerenah saya. terima saya seadanya. menghargai saya. tidak ego. tidak cerewet.tidak mengambil jalan mudah. bertanggungjawab. kemas. baik. prihatin. wangi. simple. pandai masak. pemurah. kalau boleh, setaraf dengan saya. romantik. sayang saya sepenuh hati dia. (:



yaa.... aku tawu. memang susah nak dapat lelaki yang ada semua ciri ciri ni. dan aku tawu aku memang demand gila. memang patut pon kau 'menyingle' chepam. LOSER!


tapi.. apa salahnya kan kalau kita nak yang terbaik. (: tak salah kot. weeheeee. :D


November 7, 2010

NASOB!



B.O.S.A.N

gambar di atas sudah jelas menunjukkan perasaan aku sekarang. BOSAN GILA.apa taknya. duduk rumah sorang sorang. semua dah balik. abah mama pergi kerja. duduk lah aku sorang sorang kat rumah tanpa sebarang hiburan. tengok tv pon, cerita tak best. nak on9 memanjang pon boleh jadi gila kot. ini sebab lah aku sempat meng'update' blog kejap. kalau nak diikutkan, memang tak ada masa. tee hee. :P okay, sekarang aku nak mintak pandangan korang.. kalau bosan, korang buat apa haaa.??? any ideas.?? =.=


November 6, 2010

heaven!


yes. semalam baru saja tamat semester satu.! waaaaahhh. heaven doe.! tapi aku agak tak puas hati sebab UM bagi cuti 2 minggu je. tak aci seyh. budak budak uitm cuti nak dekat sebulan kot. hampeh!

aaaahh. tak kesah la. yang penting aku dapat cuti. rindu mama abah, rindu rumah, rindu katil, rindu semuanya. heee (: tapi dalam kegembiraan nih, ada kesedihannya jugak. terpaksa tinggalkan kawan kawan kesayanganku. mesti rindu kat korang nanti. huu. ): *tiba tiba bajet tacing. haha. poyo la kau chepam!* tapi serious weyh. mesti rinduu. huu. buat monster hijau, bintang kepoh, kucing hello dan badut cantik, jangan rindu saya tau. heee. SAYANG KORANG! tidak lupa juga buat roomate kesayangan, abdul midah (: untuk abang kacang,abang oren, dan abang joker jangan lupa adikmu di johor ini ye. ngeee. :P

okay. sebenarnya aku nak cerita saat saat budak budak GARIS cuti lima hari tu. cuti sebelum ambil paper english. wee heee. (: best kot!

antara aktiviti yang telah aku buat sepanjang lima hari:


+ sabtu: pergi mid valley bersama farah dan adlyn. (: banyak menghabiskan masa di kedai Halloween.


+ ahad: duduk sahaja di kolej kesayangan. malam tengok movie2 romantik bersama loser loser tegar. adlyn dan farah. HAHA. tee hee. =.='


+ isnin: pergi times square bersama wani, farah, add, wahab, amzar, dan juga paul. (: sangat best. pergi tengok wayang cerita TAKERS. (: oh God! handsomenyaa pelakon dia (: then pergi shopping. belikan hadiah untuk monster hijau saya. ^__^


+ selasa: pergi wangsa walk (: first time pergi. kami berkaraoke. aku, farah, add, wani, tim dan afiq. best gila kot. banyak gila lagu malam tu. terserlah suara 'merdu' masing masing. haha. :D malam makan kat NZ. (:


+ rabu: hari paling best! kami daki Bukit Broga (: bersama ahli ahli GARIS. tengok matahari terbit. subhanallah. sangat cantik. kagum gila. terima kasih kepada airina ahamed kerana meng'offer' saya untuk follow sekali. hee. kepada syazwani azhar, aku tawu kau kuat! HAHA. :P lembik lah kau wani!


+ khamis: exam ENGLISH! waaa.. boleh tahan soalan dia. haha. (: tak kesah laa. yang penting dah buat sehabis baik. malam khamis. pergi mid valley bersama midah, nurin, hanis, pore dan weda. (: pergi main boling. then, tengok midnight movie. UNSTOPPABLE. best! TAPI, malam ini jugak terjadinya tragedi yang takkan aku lupa. nokia express music aku HILANG. =.= memang aku careless! bodoh! )':


itulah aktiviti aku sepanjang cuti before exam english. hehe. (: .HEAVEN.


*korang, jangan risau, handphone aku sudah dijumpai. (: terima kasih sangat sangat kepada detektif midah, nurin, hanis, dan weda. sayang korang lebih!


November 2, 2010





FIVE STAR TO TAKERS!
(:






November 1, 2010

kebohsanan melampau.


yes. sangat bosan. dulu time exam masing masing nak habis cepat. pressure lah, penat lah, itulah inilah. sekarang, exam dah habis. tapi tetap merungut. inilah manusia. tidak pernah rasa bersyukur. =.= astaghfirullahalazim. tapi serious bosan weyhh. :( asyik makan,on9,tidur. mana tak gemuk. adeyh. hari tu keluar pergi jalan jalan pun tak berapa nak best. tak sampai klimaks pon. haha. misi tak tercapai. kesian sangat kat farah. tak dapat nak main kat taman keriangan dia tu. huu. sorry farah!. lain kali kita pergi oke. :)

tapi, semalam kitorang mengisi masa dengan menonton cerita cerita yang best. romantik gitu. auuww! mana taknye, pelakon handsome dan cantik! memang bagus. aku, add ngan farah. masing masing teruja tengok cerita tu. al maklum laa. masing masing loser. HAHA. berangan tak habis habis. dush! hmmm. tak kesah la orang nak fikir apa. yang penting kami happy. haha. add, farah, lepas ni cerita apa pulak.? haha

okey, petang nih berhajat nak keluar dari kediaman 12. tapi tak tawu nak pergi mana. sengal en. tengok lah nanti. asalkan ada tourist guard. bintang kepoh saya. :) korang,mari kita jalan jalan cari pakwe. haha. LOSER doh kau chepam! whatever. =.= pffft!

okey dah. fullstop.


hey, lupa nak cakap. saya suka shahz jaszle. :) suuuuu-weeeet! haha



bagi lah hati itu kat saya! ngeee. *gatal* (:





October 28, 2010

mulut besar. :D


.FINALLY.

semua paper sudah dijawab. secara keseluruhan. ok lah. tapi saya tak berapa nak puas hati dengan kertas kimia dan fizik. al maklum lah. memang dari dulu itu dua subjek yang paling saya anti. benci. sakit hati. fizik terutamanya. =.= kau sangat kool lah weyh!

jangkaan.? haha. tidak tahu. 4 flat.? tak mungkin =.= serious O.o exam kali ni memang menguji tahap kesabaran aku. tapi, apa sahaja keputusannya. saya redha. :)

okey. lupakan pasal exam. pada saat ni. haha. budak budak bina alam dah tak ingat alam dah. fikiran semua dah melayang tah ke mana. aku.? haha. perancangan banyak bermain di kepala. tapi tak tahu bila nak laksanakannya. :) kepada monster hijau. bintang kepoh. kucing hello mulut besar dan juga badut cantik, mari kita rancang jadual percutian kita dengan sebaik baiknya okey. :) untuk aktiviti malam, seperti biasa. barang monster hijau amat diperlukan. kita perlu menambahkan lagi koleksi koleksi kesayangan dan berharga itu. ^__^

okey sudah. petang ni. mahu keluar. beli barang untuk siapkan final project. draughtmanshit! :) saya perlu bersiap. abg oren dah marah! haha. okey. gtg.



UNTUK BUDAK HAYAT DAN FIZIKAL. BERJUANGLAH UNTUK NEGARA! YEAHH!



UNTUK BUDAK GARIS. NIKMATILAH PERCUTIAN ANDA DENGAN SEPUAS PUASNYAA! HAHAHAHAHA. :D



October 24, 2010

no title.


sepanjang hari. aku belajar. *bongkak* belajar maths bersama monster hijau, kucing hello, bintang kepoh, dan badut cantik. mula mula agak mengantuk. tapi masing masing sumbat telinga dengan benda bertali yang berwarna warni. hmm. belajar maths tak susah. hanya memerlukan kerajinan yang mantap. huhu. lepas beberapa jam belajar. monster hijau dah tak tahan. mata dah separuh darjah. peha aku dijadikan bantal. bantal yang empuk dan best.. kan monster.? HAHA. aku dan bintang tetap bertahan. belajar belajar dan belajar. sampai pukul 6.30 petang. fullstop.



*********************************************************************************


malam nanti mama dan abah datang. bawak makanan. ^__^ dah lama tak makan masakan mama. huu. maggi goreng pattaya, saya mintak maaf kerana tak dapat nak jumpa anda malam ini. :| seperti biasa, anda anda dan anda dijemput datang ke bilik untuk menikmati juadah bersama. :) ianya FREE. (badut mesti suka :D)



*********************************************************************************

okay. esok final exam. trigonometry n geometry. pukul 9 sampai 11.30. harap semuanya berjalan dengan lancar. tiada peluru dikeluarkan. insyaAllah. :) mama abah, doakan atin okeyh. untuk kawan kawan GARIS, fizikal dan hayat, buat yang terbaik. 4 flat~ amin. :)




*dimaklumkan kolej12 tiada bekalan air selama 2 hari.? betul kaa.? =.=


October 23, 2010

tiba tiba






atin rindu mama. :'(


rasa bersalah.



hari ni. aku dah buat dua insan bergaduh. bermasam muka. tersalah faham. ya Allah. teruknya aku. =.= anda, saya minta maaf andai saya penyebab utama anda dan si dia bergaduh. mungkin si dia tak mengerti. tak tahu cerita yang sebenar. gambar boleh memberi seribu makna. setiap manusia berlainan pendapat. mungkin pendapat si dia tak menepati tujuan utama gambar tersebut diambil. kepada si dia., demi Allah. kami hanya kawan. kawan yang rapat. tidak lebih dari itu. janganlah kau salah anggap hanya dengan melihat satu gambar. gambar yang di'upload' oleh teman baik kami sendiri. tiada niat untuk meyakitkan hati atau membuat kau cemburu. sumpah tidak. kau sendiri tahu yang kami hanya kawan. kepada anda, saya minta maaf sekali lagi. harap anda dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. mungkin sukar untuk buat orang percaya kata kata kita. tapi aku tahu kau boleh. jangan hanya disebabkan aku, kau dan si dia berpaling arah. minta maaf sekali lagi.





MANFBA. aku minta maaf. terus terang aku cakap. aku rasa bersalah gila. *fullstop.



October 22, 2010





KENAPA LAAH DIA SANGAT KACAK

=.=




October 20, 2010

jangan lah anda gembira sangat. =.=



akibat terlalu gembira. banyak sangat ketawa. terimalah padahnya.
kaki terlanggar besi. nasib baik tak koyak kaki. adoi. kulit terkopek sikit. huuu. =.=
fatin fatin. kan aku dah cakap dulu. jangan happy sangat. nanti nangis. HAHA
padan muka kau!




MALAM EXPRESI GARISAN. :)


yes. majlis terakhir untuk alamBINAku sayang. kot. haha. malam yang penuh dengan suka+riang+hyperactive. HAHA. sangat best. malam untuk presentation of our final project. dan sudah semestinya, aku punya animation tidak terpilih. apa tak nya, buat macam ape. huduh! tahniah kepada sahabat handai yang terpilih. dan kepada my besties. sirhanSOSA dan afiqFAWWAZ. congrates korang!. LOVE YOU LAH!. kepada se'an, kongsi2 lah nenas tuh. haha. :D

kenapa aku cakap malam itu best? sebab ada banyak kamera!! haha. apa lagi. sikap menggedik dah keluar. pantang nampak kamera. SAY CHEESE! bergambar dgn kawan2 terSAYANG. ambil gambar dengan abang2 hensem,kakak2 cantik. dan semestinya, dengan tutor2 yang hensem lagi cute! meoooww! :D makanan pulak. tak payah cakap laa. banyak kot. credit to abg hensem kita. ezas faris. sedap weyhh mihun! air oren dari abg kacak. aman othman. untuk popcorn. *aku ada tolong jugak* haha. :) best best best! camera+foods+gossip+scandal! HAHA. harf harf harf! o.O
sayang BINAALAM weyhhh! MUAHHHH! XD

















SANGAT BEST! XD