BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

September 29, 2010

joging. :)

haha. sounds funny. tapi memang betul. aku, timm, farah ngan adlyn. bersenam dalam kehujanan. haha. sengal. best la. actually, teman timm buat practice untuk acara dia. 3000meter. huu. chaiyok timm! haha. aku tawu kau boleh. agagaga. :DD here are some pictures. taken by add mostly. huhu :)

















haha. nampak memang banyak bergambar dari berjoging. HAHA. :)

i like it!

JATUHtoilet.


walaupun kejadiannye sudah berlalu beberapa hari yang lepas. aku tetap nak cerita. hari jumaat. pukul 3 lebih. di toilet. aku terjatuh dalam bilik air. bilik air yang kecik pulak tuh. entah macam mane kaki sebelah termasuk dalam bowl. bowl yang atas tu je la.. bukan masuk bowl yang dalam tuu. huu. pehh.! sakitnya! astaghfirullahalazim. tuhan je la yang tawu. tup tap tup tap, kepala ngan badan dah kat bawah lantai. and kaki di atas. imagine dat.yes! sounds funny. tapi sakit der! sumpah sakit. =.=' pastu tiba tiba air mata jatuh. haha. macam budak kecik. yelaaaa. sakit sangat.dengan kepala dah pening2 lalat akibat terhantuk di pintu toilet, aku pon balik bilik.sampai bilik, terus text tim. ngadu kat dia. midah takde kat bilik. so, ngadu la kat org lain.huhu. yes, memang aku mengada. manja. haha. peduli ape aku. huhu. malam tu, sapu minyak. urut2 kaki. habis lebam semua. kaki, lutut, bahu. :'(
sampai sekarang, kesan lebam tidak hilang lagi. huuuu. sabar je laaa chepam. dugaan. banyak sangat dosa kot. adeyh. =.='

minta maaf semua.huu. :)


September 22, 2010

makan malam.



tadi dinner ngan member2 alam bina. seperti biasa ada timm, wani, afiq dan se'an. tapi, tadi ada juga afiq m.nasir, wahab, mad dan zaid. kami makan dalam 3 meja. haha. aku dah 3 malam berturut2. dinner maggi. tadi aku order maggi pattaya. haha. diorang semua gelakkan aku. siot je. biarlah. sedap kot maggiii. :D then, after makan2. kami berborak. gelak2 macam nak mati. gelakkan mad. si 'touching boy'. haha. mad mad. hanya kerana filem LBS.. kau terus berubah. haha. tambah pula dengan lawak afiq dan wahab. kerja yang hanya mengenakan orang. tapi best. aku tetap suka. =.='


then, aku dengan timm pergi koperasi. teman timm beli roti. buat sarapan pagi. :) naik je atas. walaweyhhhh..!!!!!!! jumpa DIA. :) astaghfirullahalazim. hensemnyeeeeeee. ngee. dia tengah beli makanan. tak cukup makanan kot kat dalam bilik. haha. whatever la. yang penting aku dah nampak dia. apa lagi. teruja dohh.! timm pon bole cairrrr. haha. kan tim? agaggagaa. :DD aku ngan timm pon saje buat2 lama dalam koperasi tuh. usha dia lah. haha. gedik sebentar :) pastu after dia keluar je koperasi, sempat lagi tengok kat kitorang. haha. melting..... :P dah dah. itu je. haha. best best best! at last, aku ngan timm tak beli ape2 pon kat koperasi tu. terlupa nak beli. haha. sengal!


pukul 11 lebih. nida ajak study microeconomics. :) aku ngan timm pon turun. discuss la ape2 yang kitorang tak paham. then, wahab pon datang. belajar bersama. nida as our lecturer :) thanks nida! same goes to timm and wahab! at least. siap jugak tutorial aku tadi. heee. okay, aku pon dah penat nih. mahu tidur. esok kelas jam 8! ok guys, thanks for reading! :)


now. 2.08am :)

September 20, 2010

O.o



hari ni. dapat result for mid sem.
at first, kecut la kaan. of course. got the result from miss ziana. tapi alhamdulillah. 'tegak' semuanya. :) hasil doa kalian semua. syukur tak terhingga. pada kawan2 yang lain juga, tahniah.! we did it guys! wani, se'an, tim, afiq, amzar.. kita semua dapat result yang baik. :D alhamdulillah.
for now on, just focus for the final exam okey dear! siapkan semua tutorial. =.=' jangan buat kerja last minute. hee. :)




all the best untuk semua. :)


*tidak lupa juga kepada my roommate. tahniah sayang!. :D


September 19, 2010

RAYAs








SAJA NAK SHARE. GAMBAR RAYA. :)




NAMPAK TAK KEGEMUKKAN SAYA.? HUU.


varsiti malaya



huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... dah sampai um. sangat benci. bukan apa.. penat laaa. penat nak belajar, penat nak buat tutorial, penat nak test, kuiz and all that. huu. tapi nak buat macam mane. memang itu yang aku kena tempuh. huu. yang paling penting, esok dapat RESULT. O.o

okay. tadi sampai um pukul 8 lebih. malam. abah ngan mama hantar. of course barang banyak. bawak kuih raya itu mesti. midah dah sampai dulu. tadi makan kuih ramai2 ngan midah, nurin and pore. makan nasi sekali. mama bawak ayam masak kicap, sayur campur and mihun. kenyang!

malam ni aku kena stay up. siapkan segala assignment yang perlu dihantar esok. maklum laa. tak sentuh pon cuti ni. haa. padan muka kau chepam! ESSAY BI. pffft.! =.=' midah, tolong saya yee. hee. :)

okay guys, nak stop. buat essay, doakan saya siap ye. :)



berat aku dah naik. serious. o.O


SELAMAT.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN



NAK DUIT RAYA, DATANG LAH RUMAH. :)






SORRY LA. CHEPAM WISH LAMBAT.HAHA.
BUSY.:)


September 7, 2010

08.09.10



cantik kan tarikh tu.. :) nak ucapkan tahniah kepada sahabat saya ahmad syahir zakaria dan nursyazwani hamdan atas pertukaran status open relationship kepada in relationship. :)
happy for both of you sayangs. :D
kepada si syahir,jaga wani baik2. and same goes to wani. ^__^






SAYANG KAMU BERDUA :)


ADDICTED O.o





satu



dua



tiga



empat



lima





DIA SANGAT HANDSOME LAAAH.!!
macam nak tumbuk muka dia kuat-kuat.!




GOO JUN PYO a.k.a LEE MIN HO




.chepam suka sangat.


30 things BOYS should know :)






1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.






chepam saja nak share :)

kepada si lelaki,

renung2kan dan selamat bertindak! HAHA.

iHEARTyou.



alhamdulillah :)





akhirnya..si dia dah maafkan aku. terima kasih sangat sangat sayang. :)
tenang sudah hati aku. dah boleh raya dengan hati yang gembira!





anda.iHEARTyou.




blood.!



pagi tadi sahur kat rumah. first time makan nasi untuk bersahur. selama ni makan maggi je kat hostel. huu. mama kejut pukul 5. bersahur dengan muka yang macam nak mintak pelempang. haha. ngantuk la seyh. malam tadi tidur lambat. hee. pastu dah habis makan sume, sambunglah tugasan rasmi aku. basuh pinggan. agaknya ngantuk sangat kot. tengah tengah basuh pinggan tu, tiba jari terkena pisau.! auuw. ! sangat sakit. dah berdarah jari.. adalah dalam 1 cm panjangnya..sakit dodol! senyum je tengok jari yang dah berdarah tu. pastu kakak pulak sambung kerja aku. cacat dah jari. huu. sabar je la. Allah dah nak bagi. :|





*tadi time nak buka,aku buat la air sirap bandung. tengah kacau2, dengan selambanya aku nak minum sikit sebab nak rase manis ke tak.. cepat cepat aku hakktuuui balik.!haha. LUPA aku puasa. ngeeee. nasib baik. huh. -.-'


September 6, 2010






YA ALLAH..AMPUNKANLAH HAMBAMU INI.
BUKAKANLAH HATINYA UNTUK MEMAAFKAN AKU.
BUKAKANLAH HATINYA UNTUK BERCAKAP KEMBALI DENGANKU.
BUKAKANLAH HATINYA UNTUK MENERIMA AKU KEMBALI.
AMIN.






SORRY



YE..SAYA TAWU SAYA SALAH. SEMUA ORANG BUAT SALAH. TIADA YANG SEMPURNA. MEMANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN TINDAKAN SAYA TU TAK 'REASONABLE' LANGSUNG. TAPI TOLONG MAAFKAN SAYA. SAYA SAYANG KAMU. DAN TAK NAK KEHILANGAN KAMU. SAYA AKUI SAYA SALAH. TOLONG MAAFKAN SAYA.







ANDA, SAYA MINTA MAAF. :|
REALLY SORRY. :'(



.SAYA SAYANG KAMU.



September 4, 2010

friday

saje nak cerita.hari before balik raya. :)
petang tu abis kelas pukul 6..GC class.nothing pon.miss anum just bincang tntg final project nanti..abes kelas,si wahab ajak aku ngan tim pergi bazar.bazar di stesen u yang agak jauh tu..mule2 mcm tak nak pegi.tapi wahab buat muke kesian.so,pergi je la..dah la time tu tak solat asar lagi.haha.teruk2..then, kat bazar..wahab soh aku ngan tim beli nasi beriyani kukus.?ape entah name dia.tak ingat..yang penting wahab cakap sedap gile laa.then,kami pon beli..pastu of course la aku beli roti john special kat bazar tuh.mmg superb.!harga pon superb.HAHA.kononnye nak buat sahur esok pagi.*kononnye la kaann :)* pastu,terliur pulak tengok kepak ayam panggang.heeeee..ape lagi,tim suruh aku beli.aku pon beli. :D padahal diri sendiri yang nak.ape laa chepam.kuat makan kau kan.adeyh. =.= pastu tup tap,dah pukul 6.45.waa.terus la balik.mengejar asar yang belum dilaksanakan lagi.huu. sampai je kolej pukul 7.haha.asar gajah la namenye. :) then,berbuka di bilik aku bersama2 tim,midah,nurin n ummi..ummi yang datang buat kali ketiga.haha. dia bersama buah hatinya.menginap di hotel UM. :)
pukul 10.30 malam.tiba2 si nurin dan midah ajak aku keluar.bosan katenye.mule2 ajak gi BB. tapi cam jauh je kaan.lagi pon dah malam.so,at last pergi jln2 kat masjid jamek.shopping raya.! peehh.! orang ramai gile. sesak.! biasala..kate kl..huu.yang penting jalan ngan mereka2 ni sangat penat..semua tempat nak masuk..lama jugak la kami di situ sebab kedai yang ade di situ sangat panjang.lenguh kaki..dah penat berjalan,kami pon decide la nak balik..tapi before tu,sempat la beli present utk AFIQNURFAWWAZ sempena birthdaynye pada esok hari. :) afiq! itu saje yang mampu aku bagi.hee. :D pastu,balik naik cab.sampai stesen u..then,jalan kaki balik kolej terchenta. :) sampai kolej dalam pukul 12 lebih.teruk kan.?haha..sempat lagi cerita hantu ngan midah n nurin..nurin sampai takut naik bilik.!haha.nuyin nuyin. :D malam tu,kitorang tidur pukul 2 lebih. niat di hati nak bangun sahur.tapi sangat kecewa..kami terlajak.! kesian roti john aku tak makan.rugi dah 4ringgit. :( tak kesah laaa.yang penting 1 malam tu kami bertiga sangat seronok.! ^__^ dan esoknya saya BALIK.! HEAVEN.! :D
*jumpa julia hana di masjid jamek.tak sangka pulak ade artis shopping raya kat situ.huu. :P*